© Copyright Faculty of Education, UKM 2009.
All rights reserved
SKOP
Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education),sebelum ini dikenali sebagai Jurnal Pendidikan, merupakan jurnal yang berwasit yang menerbitkan naskah asal meliputi pelbagai bidang pendidikan. Jurnal ilmiah ini komited untuk menyebarkan penemuan terbaru dalam penyelidikan dan pembangunan pendidikan.
PROSEDUR PENGHANTARAN
Manuskrip (dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu) mestilah karya yang asli dan belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak untuk pertimbangan mana-mana penerbitan lain.
Dua salinan manuskrip, ditaip selang dua baris di atas kertas bersaiz A4 tidak melebihi 5000 patah perkataan hendaklah ke alamat:
Ketua Editor
Jurnal Pendidikan Malaysia
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-8921-6231
Faks: +603-89254372
Manuskrip juga hendaklah dihantar kepada alamat email mje@ukm.my
Penulis yang telah diterima manuskripnya untuk penerbitan dikehendaki menghantar manuskrip akhir yang telah diedit dalam bentuk salinan keras dan salinan elektronik (dalam CD). Semasa manuskrip dalam proses penilaian, pastikan penulis memaklumkan editor mengenai sebarang pertukaran alamat.
HAK CIPTA
Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar mana-mana hak cipta. Editor dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis. Penulis juga perlu memperoleh izin untuk mengulang atau mengubah sebarang bahan yang dilindungi oleh hak cipta dengan melampirkan surat izin bersama-sama versi suntingan terakhir manuskrip yang telah diterima.
PENILAIAN
Manuskrip akan melalui proses double-blind review dan akan dinilai oleh sekurang-kurangnya dua penilai yang berlainan. Keputusan mengenai penerbitan manuskrip adalah berasaskan cadangan penilai. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kesesuaian karya untuk Jurnal Pendidikan Malaysia, nilai sumbangan terhadap disiplin, kesesuaian karya dari aspek konseptual dan teknikal serta kejelasan persembahan penulisan.
PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP
Penulis perlu menyediakan manuskrip seperti yang dinyatakan dalam panduan berikut. Manuskrip yang tidak disediakan mengikut panduan ini boleh dikembalikan setelah dibuat pembaikan untuk disemak semula.
PENAIPAN
Manuskrip perlu ditaip langkau dua pada sebelah halaman sahaja. Taipan perlu jelas dan boleh dibaca. Gunakan jidar sekurang-kurangnya 1 inci (2.54 cm) dari atas, bawah, kiri dan kanan setiap halaman.
HALAMAN TAJUK DAN ABSTRAK
Setiap salinan manuskrip mesti berlampir dengan halaman tajuk yang berasingan yang merupakan halaman pertama bagi manuskrip. Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan tidak melebihi 15 perkataan. Makalah dalam Bahasa Melayu perlu juga kemukakan tajuk makalah dalam Bahasa Inggeris.
Halaman tajuk perlu mengandungi tajuk karya, nama penulis, institusi, alamat, nombor telefon, nombor faks, dan alamat e-mel. Sebarang notis penulis (cth.: penghargaan, disclaimers, persetujuan khas mengenai hak kepengarangan, keadaan khas mengenai penyelidikan) perlu ditaip pada halaman tajuk juga. Halaman tajuk ini akan diasingkan sebelum manuskrip dihantar untuk penilaian.
Semua manuskrip mesti mengandungi abstrak di antara 150-200 perkataan (satu versi dalam Bahasa Inggeris dan satu versi dalam BahasaMelayu) yang memperihalkan isi utamanya. Taipkan kedua-dua versi abstrak dalam halaman yang sama pada halaman baru (i.e., halaman selepas halaman tajuk). Setiap manuskrip mesti disertakan dengan maksima 5 kata kunci.
Format dan gaya
Artikel berbentuk Penyelidikan
Secara am, bahagian isi merangkumi Pengenalan, Metodologi, Dapatan dan Perbincangan, Kesimpulan dan Rujukan. Berikut adalah beberapa elemen yang perlu dimasukkan dalam penulisan artikel berbentuk empirikal. Untuk bahagian Pengenalan, penghujahan dilakukan dalam konteks literatur yang sedia ada dengan memberi gambaran kesignikinan kajian atau dapatan daripada aspek: Mengisi kelompangan teori/ ilmu/ literatur/ metodologi/ pengetahuan profesional yang sedia ada; dan/ atau Potensi untuk menambah baik amalan. Untuk bahagian Metodologi perkara yang perlu dibincangkan ialah asas teori pemilihan rekabentuk, pemilihan sampel, pembinaan instrument serta kaedah analisis (kuantitatif atau kualitatif). Untuk bahagian Dapatan dan Perbincangan, penulis perlu merumuskan data dengan menyediakan jadual/ graf atau tema di mana data mudah difahami; laporkan dapatan yang paling signifikan dan kaitkan dengan persoalan kajian, juga nyatakan isu praktikal yang timbul dalam pengutipan data seperti kesahan, kebolehpercayaan, generazability/transferability; tertakluk kepada konteks kajian. Untuk Kesimpulan penulis perlu nyatakan implikasi, kesignifikan dan limitasi kajian secara sepadu.
Artikel konseptual
Satu artikel konseptual perlu memamerkan penghujahan yang mantap yang menjawab satu atau beberapa persoalan yang berkaitan. Artikel bermula dengan ulasan kajian terdahulu terhadap topik yang dipilih dan menyediakan hujah, bukti dan contoh-contoh yang membuktikan tesis pengarang terhadap persoalan kajian. Artikel adalah bukan berbentuk non fiksyen tetapi pengarang perlu mengambil satu pendirian subjektif terhadap isu/ persoalan yang dihujahkan.
Ulasan Buku
Ulasan buku perlu terdiri daripada 2,000 - 3,000 patah perkataan. Perlu mengulas kekuatan dan kelemahan dengan mengemukakan contoh-contoh daripada teks. Buku-buku yang dianalisis perlu menggunakan satu kerangka konsep dan implikasi-implikasi bagi penyelidikan masa depan secara mendalam dalam bidang pendidikan.
TAJUK
Tajuk utama perlu untuk bahagian utama karya. Ketengahkan tajuk dan taip dengan huruf besar. Taip sub-tajuk santak kiri menggunakan huruf besar. Tajuk perenggan perlu ditaip dengan huruf kecil (kecuali huruf pertama untuk perkataan permulaan).
ILUSTRASI DAN JADUAL
Ilustrasi dan jadual perlu menyokong teks dan tidak mengulang semula maklumat dalam teks. Setiap jadual perlu ada tajuk, diketengahkan di atas jadual, dan bermula dengan perkataan JADUAL dan nombornya (gunakan numerik Arab). Catatan untuk jadual perlu diletakkan di bawah jadual. Semua carta, graf, lukisan dan lain-lain ilustrasi dirujuk sebagai rajah. Rajah perlu dinomborkan dan diikuti dengan tajuk dan tajuk berada di bawah Rajah.
NOTA KAKI / NOTA HUJUNG
Nota kaki tidak digalakkan. Nota hujung hanya perlu digunakan jika perlu dan mesti dinomborkan secara berurutan dengan simbol numerik supercript Arab. Pada halaman berasingan, taip teks untuk nota hujung mengikut urutan ia dirujuk dalam teks.
LAMPIRAN
Maklumat yang penting tetapi terlalu panjang (cth., soal selidik, nota teknikal mengenai kaedah, jadual yang besar) perlu dipersembahkan dalam bahagian lampiran dan diketengahkan pada atas halaman. Jika ada beberapa lampiran, labelkan setiap satu mengikut abjad: LAMPIRAN A, LAMPIRAN B, dsb. Dalam teks, rujuk lampiran dengan labelnya (cth., Lampiran A). Setiap lampiran perlu diberi tajuk.
RUJUKAN
Semua entri dalam bahagian rujukan mesti dirujuk dalam teks. Nyatakan rujukan dalam teks menggunakan kaedah pengarang-tarikh [cth., Sidek (1998)]. Jika kerja yang dirujuk adalah hasil karya dua penulis, sebutkan nama kedua-duanya setiap kali kerja mereka dirujuk dalam teks. Jika karya adalah hasil kerja tiga hingga lima penulis, nyatakan kesemua penulis pada kali pertama ia dirujuk; pada rujukan seterusnya, masukkan hanya nama penulis pertama diikuti dengan “et al.” dan tahun kerja yang dirujuk (walau bagaimanapun, dalam senarai rujukan, semua nama perlu dimasukkan). Nombor halaman perlu disediakan apabila dapatan atau hujah tertentu diubah frasa, diringkaskan, atau diambil terus. Contoh:
Rujukan kali pertama
Rosseni and Ramlee (2003: 13-17) menyatakan …………………………………
Kamisah, Rosseni, Hamidah (2003) mendapati ………………..…………………
Rujukan seterusnya
Rosseni and Ramlee (2003: 20-20) mengatakan bahawa ………….……………..
Kamisah et al. (1995) mendapati …………………………………………………
Untuk rujukan kerja hasil dua atau lebih penulis, gunakan urutan abjad dan ampersands (&). Asingkan setiap rujukan dengan noktah bertindih. Contoh:Beberapa orang penyelidik (e.g., Amla 1997; Lilia, Noraishah & Khalijah 2003a,2003b; Rosseni et al. 2004; Safani & Manisah 2003; Shahrin 1998; Siti Rahayah2004) menyokong pernyataan ini.
SENARAI RUJUKAN
Satu senarai rujukan mengikut abjad perlu dimasukkan dalam bahagian akhir manuskrip. Semua rujukan yang dirujuk dalam teks perlu muncul dalam senarai rujukan. Penulis-penulis adalah bertanggungjawab terhadap ketepatan dan maklumat yang lengkap. Beberapa rujukan oleh penulis yang sama perlu disusun secara kronologi (tarikh terawal didahulukan). Mulakan senarai rujukan pada halaman baru dan taipkan perkataan RUJUKAN di bahagian atas dan tengah-tengah halaman. Taip setiap entri menggunakan format santak-tergantung dan ikuti dengan format rujukan seperti contoh berikut.
Buku dan bab dalam buku
Barker, P. 1987. Authoring languages. London: Croom Helm.
Davis, N., Desforges, C., Jessel, J., Somekh, B., Taylor, C., Vaughan, G. 1997. Can quality
in learning be enhanced through the use of IT? Dlm. Somekh, B. & Davis, N. (eds.),
Using Information Technology effectively in teaching and learning. London: Routledge.
Gibson, J.L., Ivancevish, J.M. & Donnelly, J.H., Jr. 1994. Organizations, 8th ed. Burr Ridge,
IL: Irwin.
Terbitan berkala
Intan Safinas Mohd Ariff AlBakri, Siti Hamin Stapa & Rosseni Din. 2003. Using e-Mail
Dialogue Journal Writing in ESL Classroom: A Case Study. VirTEC Journal 3 (1): 55-65.
Noriah Ishak, Siti Rahayah Ariffin, Rosseni Din & Aidah Abdul Karim. 2002. Expanding
Traditional Classroom Through Computer Technology: A Collaborative Learning
Process. Jurnal Pendidikan UTM 37 (1): 17-28.
Rekkedal, T. & Paulsen, M.F. 1989. Computer conferencing in distance education: status
and trends. European Journal of Education 24 (1): 61-72.
Rosseni Din. 1998. Penjagaan Komputer. Buletin SRI 1(2): 2-4.
Prosiding, kertas seminar dan disertasi
Aidah Abdul Karim, Rosseni Din & Kamisah Osman. 2004. The Use of Information Literacy
Skill among Science Teacher Trainees in Malaysia. Prosiding Society for Information
Technology & Teacher Education 15th International Conference. 1-6 March, Atlanta,
Georgia, USA, 1120-1126.
Rosseni Din & Aidah Abdul Karim. 2004. Promoting Indigenous Language Development
Through Computer Mediated Communication in an Online Learning Environment: A
Hybrid Approach. Prosiding World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia &
Telecommunications, 21-26 June, Lugano, Switzerland, 5026-5032.
Rosseni Din. 2002. Proposal Penyediaan Portal Masuk ke server e-Bincang. Kertas kerja
yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Infrastruktur Teknologi
Maklumat UKM Bil 15/2002, 14 Mei, Pusat Komputer, UKM Bangi.
Sahalani Basar. 2004. Pembinaan Perisian PPBK Berasaskan Web untuk Pembelajaran Flash
disepadu Dreamweaver. Projek Sarjana Pendidikan (Pendidikan Komputer), Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
Rujukan Elektronik
Milligan, C. 2000. Virtual learning environments in the on-line delivery of staff Development.
(online report). http://www.jtap.ac.uk/reports/htm/jtap- 044.htm. January 15, 2001.
Green, K. 2000. High Touch, high tech, hybrid. Converge, May. (online magazine).
http://www.convergemag.com/Publications/CNVGMar00/DigTweed/
DigitalTweed.shtm. June 2, 2002.
Bartol, K.M. Koehl, D. & Martin, D.C. 1987. Quantitative versus qualitative information
utilization among college business students. (CD-ROM). Educational and Psychological
Research 7: 61-74. Abstract from: SilverPlatter File: PsysLIT Item: 75-24812.
Funder, D.C. 1994 (March). Judgemental process and content: Commentary on Koehler on
base-rate (9 paragraphs)/ Psychology (on-line serial). 5(17). Available Email:
psyc@pucc Message: Get psyc 94- xxxxx.